Friday, December 17, 2010

ApA LeLaKi MaHu PaDa PeReMpUaN ?

k0d0k...Apa lelaki Mahu pada perempuan?


salam semua pembaca belog aku. Maap ada orang baca belog aku dia cakap tak faham apa yang aku tuliskan. erk!!!! sendawa kejap. apa yang dia tak faham aku tak tahu sebab selama ini aku tulis kat sini menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT), kalau siapa ambil STPM mesti tahu...aku sebenar pun tak tahu apa BMT sebab aku tak ambil STPM.


Tetapi yang pasti tulisan aku mudah di faham kerana aku tak pernah cuba menulis menggunakan bahasa sanskrit yang di fahami oleh kasta brahman sahaja. atau kerana aku sering menggunakan bahasa kiasan macam filem melayu klasik itu punca yang orang itu tak faham. Maaflah jika bahasa kiasan ini korang tak faham, tapi jangan malukan bangsa sendiri bahasa kiasan, pantun, bidalan itulah warisan dari kesultanan melayu melaka lagi, en karam singh walia boleh faham ini pula kita yang berbangsa melayu.. malunya!!!!

sebenarnya aku bukan nak bebel pasal orang yang tak faham apa aku tulis, sebab tak mendatangkan kudis pun pada aku. aku nak citer pasal ini.

ada kawan perempuan jumpa aku tengah borak borak tetiba dia tanya aku Apa lelaki hendak padaPerempuan? dush!!!! satu tumbukkan kena pada aku yang ketika ini masih seorang lelaki.

Pertanyaan itu pernah aku dengar satu masa lalu, ketika masih bergelar remaja, sebagai ahli PRS (pembimbing rakan sebaya) di sekolah ada satu kes seorang awek ini datang duduk depan aku masa aku tengah lepak di library (maap aku duduk library bukan sebab aku rajin baca buku..sebab ada anak cikgu math aku yang cun jadi pengawas library kat situ). tetiba awek tu.... tak sedap pula panggil awek aku namakan awek itu Aini (bukan nama sebenar atau aini blogger tentang hidup). aku sambung balik.. Aini itu tetiba menangis depan aku, cuak kejap masa tu ibaratkan menahan kentut didepan bakal mak mertua dan pak mertua agar jangan terlepas. tetapi sebagai seorang manusia ketika itu (sebelom di sumpah menjadi kodok) aku bertanya dengan selembut lembut nada umpamakan bulu ayam yang jatuh ke tanah tak berbunyi..cewah. Kenapa? aku tanya.. dia terus juga menangis. kalau zaman kanak kanak kalau adik aku menangis dalam buaian dah tentu aku larikan diri. takkan aku nak buat perkara yang sama. cool.

Dia tanya aku pula. Apa Lelaki Mahu Pada Perempuan?hehehehe aku tersenyum macam baru terima panggilan ada orang nak masuk meminang. tapi sebenarnya aku pun tak tahu apa yang lelaki hendak pada perempuan? kalau soalan itu di tanya pada mat rempit @ bohjan aku dah tahu apa jawapannya. tapi kalau dia tanya pada aku, aku sebenarnya tak tahu apa hendak jawab. memang ketika itu aku tengah bercinta dengan siti nurhaliza (tapi sebagai awek khayalan sahaja). soalan itu bagaikan aku berdiri di pentas tali gantung kalau salah jawab aku mati kena gantung. sebab paling utama ketika itu aku mana ada kekasih pertama dan terakhir (kononnyalah istilah budak budak sekolah bercinta). aku pun tahu kenapa aku tak ada awek ketika itu nak cakap aku bukan lelaki, masa aku berkhatan umur 11 tahun, tuk mudin tu cakap sekarang kau dah jadi anak jantan sejati. itu bermakna tok mudin tak potong habis aku punya - tut- so secara teorinya aku masih lelaki hingga saat ini. kembali semula pada Aini aku sebenarnya blur sebentar apa aku nak jawab... dia bersuara...dia dah cuba bagi kebahagian pada bopren dia, setia dan macam macam dia dah bagi.. uik (aku telan air liur) segala - galanya? otak aku secara automatik bertindak sebagai skrin putih yang tengah menayang filem - tut -. aku rasa aini terlihat cerita yang ada di skrin putih tersebut lalu dia bersuara dia tak serahlah yang bukan bukan. fuf. nasib.

entah macam mana ketika itu aku boleh menjadi secerdik boleh berfikir setaraf nostradamus. aku terlihat duit satu sen siling atas lantai, kurang ajar betul budak budak yang buang siling kat lantai, aku marah bukan pasal itu duit aku marah dia buat kekotoran di lantai library kesian awek aku (bila pula kompen anak cikgu math jadi awek aku pula?) nanti kena kutip. aku ambil duit siling tu aku tanya dia satu soalan sebenarnya banyak soalan "bagi aini siling satu sen ini bernilai tak?.." aini kompius..mesti dia tertanya apa kena mengena masalah dia ngan duit satu sen. dia diam ..pandang aku. aku dapat agak mungkin dia tengah bodoh hari itu atau akal dan fikiran dia dah kena sorok dengan hantu kopek sebab tu nampak macam kena sampuk. aku teruskan hujah. ada orang anggap satu sen ini tak bernilai dan juga sebaliknya. tapi harus di ingat kurang satu sen tak akan jadi 10 sen atau satu juta. macam itu juga dalam hubungan cinta kalau salah satu pihak tak pernah menghargai pada kesetiaan makna tak bermaknalah cinta itu. oleh itu jika Aini percaya dia akan menghargai kesetiaan dia akan kembali jika tidak. kat luar pun banyak lagi lelaki yang penting fokus study baru pikit benda lain. cuma ketika itu benarkah yang berkata kata macam itu aku!!!. kagum sungguh aku masa itu. riak pon muncul, lubang hidung kembang tetiba rasa bangga.

kembali ke zaman ini, aku pun blur nak cari jawapan itu? kerana jawapan apa yang lelaki hendak pada perempuan itu satu persoalan yang susah aku nak fikir dan jawab sebab aku tak tahu lelaki kat luar sana hendak apa? mungkin berbeza dengan aku apa yang aku hendak pada perempuan. permainan pada soalan ini bukanlah seperti rancangan Who Wants To Be A Millionaireyang mana ada jawapan a hingga d pilihlah yang mana betul siap ada tiga talian bantuan itu pun masih lagi tak ada yang jadi jutawan.

okelah aku rasa dah cukup panjang aku mengarut cukup sampai di sini sahaja. untuk hari ini. calos

nota tapak kaki: apa yang snh mahu pada saya jika saya nak berkawan ngan awak? :)

No comments:

Post a Comment