Tuesday, November 30, 2010

GUru OH guRU peRMatA HatI ku

Dialah pemberi paling setia, tiap akar ilmu miliknya,pelita dan lampu segalanya untuk manusia sebelum menjadi dewasa.Dia lah ibu,dialah bapa juga sahabat,alur kesetiaan mengalirkan nasihat, pemimpin yang di tauliahkan, seribu tahun katanya menjadi hikmat; jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa, jika hari ini seorang raja memiliki tahta, jika hari ini seorang presiden sebuah negara,jika hari ini seorang ulama yang mulia, jika hari ini seorang peguam menang bicara, jika hari ini seorang penulis terkemuka, sejarah dimulakan dengan seorang guru biasa, dengan lembut dan sabar mengajar menulis dan membaca; dimana-mana mereka berdiri di muka muridnya, di sebuah sekolah mewah di ibu kota, dibangunan tua sekolah ulu pendalaman dia adalah guru yang mewakili seribu buku.Semakin terpencil di ceruk desa, semakin bererti tugasnya di negara; jadilah apa pun pada akhirnya kehidupan mu, guru ku, budi yang diapungkan di lautan ilmu, panggilan keramat "CIKGU" kekal terpahat menjadi kenangan hingga ke akhir hayat...




"Letakkan kehidupan dunia mu di tangan dan akhirat itu di hati, agar hal dunia itu dapat dibahagi-bahagikan dan akhirat itu dibawa mati hidup yang seimbang adalah penawar".

KATA ILMU

"SESUNGGUHNYA  KEMENANGAN ITU AKAN TERHASIL SESUDAH KESABARAN,KELAPANGAN ITU MUNCUL SESUDAH KESUSAHAN JIKA KITA SENTIASA BERDOA DAN BERSYUKUR DENGAN PEMBERIANNYA".INSAYALLAH.....

BuNgA MaWaR SeInDaH bEnTuK dAn NaMaNyA

                                                         MaWaR MeRaH yAnG CaNtK




Ibarat bunga mawar yang memberi keindahan.....




Membangun sesuatu yang benar tidak serta merta memberikan hasil, akan tetapi justeru akan memberi tentangan bagi banyak orang.Pada saat nya satu kebenaran yang akan memberi keindahan dan kesejahteraan bagi ligkungan sekitarnya.Ibarat sekuntum kembang mawar yang selalu memberikan keindahan dan keharuman yang sama setiap harinya walau tekadang tak dihiraukan oleh orang lain.Keindahannya tidak pernah berkurangan dan dia tidak pernah bersedih bila tidak diperhatikan orang kerana bunga itu tahu bahawa hidupnya hanya punya satu misi iaitu "memberi keindahan".

JaNgAn BeRsEdIh SaYaNg.....

                                           AlLaH SeNtiAsA BeRSaMa KaMu..InSaAllAh



Manusia dan kehidupan.ujian adalah kembar kepada kehidupan manusia.Hidup tanpa ujian ,pasti tidak sempurna dan tidak ada manusia yang hidup tanpa di uji.Ujian dari segala bentuk kesusahan, kekayaan,sakit suka duka dan berbagai-bagai lagi setiap insan yang bernama manusia di muka bumi ini.Bagai mana nak mengatasi bergantung kepada manusia itu sendiri.Keimanan dan kesabaran yang penting ada dalam diri.Terasa diri terlalu lemah bila berbicara mengenai ini.....


Bila diuji manusia pasti terkapai-kapai,mencari sesuatu yang dinamakan kekuatan,dimana kamu kekuatan?.....dimana kamu kesabaran?.....dimana kamu ketenangan?....
"tiada kemenangan (pertolongan) itu, selain dari sisi ALLAH"....surah al-anfal ayat 10


itu adalah janji ALLAH.....


Allah....akhirnya allah juga lah sumber kepada semua yang dikehendaki oleh semua manusia.Kekuatan, ketenangan, kebahagian semua adalah dari pada allah.Allah juga yang berhak untuk menariknya semula.
Buat seorang sahabat,saya doakan kamu tabah, saya percaya kamu kuat.Kekuatan yang ada pada kamu cukup kuat, saya kira tak mampu saya bayang kan.Kadang-kadang kekuatan kamu buat semangat pada diri saya.Untuk saya menjadi sehebat kamu...
Segala kehebatan itu adalah ujian segala kesenangan itu adalah ujian jangan rasa sempit bila diberi kesusahan hidup insallah...pasti ada jalan yang mudah bagi kita belajar kita untuk berlapang dada..hidup adalah ujian, ya...hidup ,hidup itu sendiri satu ujian.Susah senang semua ujian..


Pasti kita akan tertaya kenapa allah memberi kita ujian kan?
Disini jawapannya.....


"Patut lah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan berkata:"kami beriman", sedang meraka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan) dan demi sesunguhnya! kami telah di uji dengan orang yang terdahulu daripada mereka,maka(dengan ujian sedemikian),apa yang diketahui allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuinya tentang orang-orang yang berdusta".


Ujian itu untuk menguji keimanan,itu hakikatnya hanya satu untuk menguji keimanan kita...


Tapi percaya lah setiap yang sabar menempuh ujian itu pasti ada kesenangan,insaallah.....kita berpegang pada janji yang satu (allah)..jangan lupa sahabat ku....


Jadi buat kamu,juga kamu,dan juga sahabat kamu ya ....kamu semua.Mohon selalu pada dia yang satu (allah)
agar dikuatkan hati dan diberi hidayah dan iman supaya tidak berbelah bagi.Siapa kita pada hari ini bukan jaminan untuk kita terus berada pada tahap ini pada hari hadapan.Sentiasa berlapang dada...Insallah tuhan sentiasa bersama kamu semua....




Saya sayang kamu ,kamu tahu saya dimana jadi carilah saya bila mana kamu perlukan saya wahai sahabat semua.....saya pasti ada untuk kamu...
  

Monday, November 29, 2010

PeTuA UnTuK HaTi

...Tadi saya pergi menyingkap di sekitar webside
membaca atikal-atikal untuk memberi peringatan pada diri ini.
ye..la manusia ni mimang suka lupa tengtang apa sepatutnya ada pada diri.
Jadi saya harus perlu mengingatkan diri tidak lupa dan alpa.
                


                         ........................................


Istimewa untuk hati yang sedang bersedih,jiwa yang sedang berduka,minda yang sedang berkecamuk,
ini petua yang terbaik untuk mengubat hati yang resah dan gundah.....


++ Amalkan tasbih,tahmik dan takbir-ini petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anak nya siti 
      Fatimah.
++Berdoa-mohonlah kepadanya ingatlah,doa itu senjata orang mukmin.
++Sibukkan diri dengan sesuatu-lakukan sesuatu yang boleh melupakan segala kekusutan seperti 
     perbayakkan membaca al-quran dan pelbagai bahan bacaan,terlibat dengan aktiviti usrah,kemasyarakatan 
     dan sebagainya.
++Luahkan perasaan anda-bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan,carilah orang atau 
     teman yang boleh anda percayai,menulis diari atau catatan harian,menulis blog dan sebagainya.
++Senyum-apabila dalam tekanan,cuba untuk senyum.senyumlah dihadapan cermin lihat diri anda yang
     sedang tersenyum.Ia mampu menenangkan fikiran dan hati anda.





                                             InSyAaLlAh...mudah-mudahan dapat membantu anda.

AnTaRa GaDiS

KeNaNgAn....

Antara gadis yang ku temui
Kau saja kini dalam renungan
Mungkin kerana sungguh rupawan
Terpegun diri ku....

Ketika bayu mencium pipi
Suria pula terasa api
Kerana dikau sungguh rupawan
Terpaku diri ku...

Mengapakah kau melangkah pergi
Ketika kau masih perlu
Menatap wajah mu kali akhir
Dan lantas menyelam rindu

Antara berbunga yang menyeri hidup
Kau jadi ratu
Antara delima yang menyinar lama
Kau berkilauan...

Sunday, November 28, 2010

InSaN MuLiA

Anak anugerah terindah dalam hidup ini....berilah ilmu yang baik dunia dan akhirat untuk pedoman hidupnya..
menjadi orang yang baik dimata dunia dan penyeri kedua ibu bapa nya..terima kasih allah kerana menganugerahkan insan mulia ini kepada kami...

Bila Cinta Berbicara

Bila cinta berbicara....


Suatu ketika,seorang wanita kelihatan amat sedih...wajah nya kusut masai,air mukanya letih menahan tangisan,rupanya dia baru sahaja kehilangan anak tercintanya...untuk selama-lamanya.
Atas nasihat orang desa,ia menemui seorang tua bijak di pinggir hutan.Mereka berkata,siapa tahu orang bijak itu dapat membantunya..menyelesaikan masalahnya.Kerana merasa cinta kepada anaknya yang telah mati itu,ia amat berharap dapat bertemu dengan orang bijak itu.Ditempuhlan perjalanan yang jauh itu.
 dengan cepatnya.Sesampainya disana,dia bertanya..."Guru....apakah anda memiliki ramuan ajaib untuk mengembalikan anak ku..."Sang guru tidak mahu untuk berbalah atau menghalau wanita itu kerana,permintaannya tidak masuk akal.
Dia cuma berkata, .."carilah bunga merah dari rumah yang tidak mengenal kesedihan".Setelah kamu bertemu bunga itu,kita akan bersama-sama membuat ramuan ajaib untuk menghidupka kembali putra mu."
Selesai mendengar itu,wanita tersebut segera berangkat mencari ramuan sang guru itu.
Dalam perjalanan dia nampak bingung tidak ada satu pertunjuk pun tentang dimana dan bagai mana bentuk rumah itu.Hingga lah dia tiba di depan rumah mewah.
"mungkin penghuni rumah ini tidak pernah mengenal kesedihan",ucap wanita itu dalam hati.
Setelah mengetuk pintu dia berkata...."saya mencari rumah yang tidak pernah menempuhi kesedihan..inikah tempatnya"?wajah wanita itu menampilkan raut yang sedih,dari dalam rumah ternampak raut wajah tak kurang sedihnya.
Tuan rumah itu menjawab kamu datang ke rumah yang salah.
Pemilik rumah itu menceritakan tentang trajedi keluarganya yang dia bukan kehilangan seorang anak malah suami dan kedua orang tuanya kerana kemalangan.Si wanita berasa amat kecewa.
Namun dia terharu dengn cerita tuan rumah itu.Ia berfikir...siapa yang boleh bantu orang yang lebih teruk nasibnya dari saya.
Dia memutuskan untuk tinggal di sana untuk menghiburkan pemilik rumah itu.Beberapa hari lamanya,dia bersama wanita pemilik rumah itu,saling bantu membantu untuk menjalani hidup.
Berapa minggu berlalu,wanita itu pun berasa si tuan rumah sudah kelihatan lebih baik.lalu ia berangkat lagi untuk mencari rumah yang berikutnya,tetapi kemana pun ia pergi selalu bertemu kesedihan orang lain.akhirnya dia berasa bertanggungjawab untuk menghiburkan semua orang yang dikunjungi nya .
hingga akhirnya dia melupakan misinya.
Kesimpulannya....
Kita belajar makna cinta dari seorang ibu yang menyusukan anaknya dalam dukungan.Kedua belah tangan nya sibuk membetulkan selimut si bayi.Dalam dadanya tiada sesuatu pun selain ketulusan memberi atas nama cinta.
Kita belajar makna cinta dari seorang ayah membawa pulang sekarung padi yang telah penat lelah di sawah.Dalam dadanya tidak ada sesuatu pun selain  kegembiraan memberi atas nama cinta pada keluarga.
Kerana cinta bukan atas pelukan hangat,belaian lembut,atau kata penuh romantis.Kita belajar apa itu cinta dari apa pun dimuka bumi ini.Dari cahaya matahari,sepasang merpati,dari sujut dan tadahan doa..dari apa pun....
Dari semua kelahiran yang bersambur dengan cinta,hingga kematian dalam cinta,kita dalam hidup ini,tidak lain selain mewujudkan cinta.
Kerana itu tidak ada yang boleh kita lakukan selain atas nama cinta kita yang teragung.CINTA BUAT YANG MAHA AGUNG ALLAH SWT....
Apapun keputusannya buat kita,allah yang berbicara,yang menentukan untung nasib kita,kerana setiap sesuatu yang menyedihkan itu ada hikmahnya...

Rialiti kata-kata indah dalam hidup seorang insan bernama"manusia"

Saat bertemu teman yang dapat dipercayai,rukunlah bersamanya...kerana seumur hidup manusia teman sejati(sahabat) tak mudah ditemukan.
Saat bertemu penolong mu,ingat lah untuk berterima kasih kepadanya,kerana dialah yang membantu mengubah hidup mu..
Saat enkau bertemu dengan orang yang pernah engkau cintai...tersenyumlah dengan wajar,kerana ialah yang membantu mu lebih mengerti tentang cinta..
Saat bertemu dengan orang yang pernah engkau benci...sapalah dengan senyuman,kerana ia membuat mu semakin teguh dan kuat...
Saat bertemu dengan orang yang pernah mengkhinati mu,baik-baiklah berbincang dengannya...kerana jika bukan kerana dia..hari ini kau tak dapat memahami dunia ini.
Saat bertemu dengan orang yang tergesa-gesa meninggalkan mu..berterima kasih lah bahawa dia pernah ada dalam hidup mu..kerana dia lah sebahagian nostalgia dalam hidup mu..
Saat bertemu dengan orang yang pernah salah faham pada mu...gunakan saat tersebut untuk menjelaskannya,kerana engkau munkin hanya mempunyai satu kesempatan itu sahaja untuk menjelaskannya...
Dan saat enkau bertemu seseorang di saat ini menemani seumur hidup mu(suami/isteri) berterima kasih lah sepenuhnya bahawa dia mencintai mu...kerana saat ini kalian mendapat kebahagiaan dan cinta sejati yang dianugeh tuhan kepada kita.

Keindahan seribu kata-kata....

Allah menyukai orang-orang yang baik,bertakwa dan tidak terkenal yang bila mana mereka tiada,mereka tidak akan dicari,dan bila mana mereka ada mereka tidak dikenali...
Mudah-mudahan mereka-mereka itu adalah kita....insyallah....


Jika hati penuh dengan iman dan diisi dengan takwa dan di pelihara dengan zikir....maka syitan tidak akan berkuasa atasnya dan tidak berpunya jalan untuk masuk kedalam hatinya..


Hidup tenang diperolehi jika sentiasa bersama allah,dan allah akan menyertai orang-orang yang sentisa membersihkan hatinya...

Sahabat yang baik...

Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita membuat kesalahan, sehingga kita tidak hayut dalam kesalahan dan dosa.
Sahabat yang sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah..dan tidak meninggalkan kita dalam suka apatah lagi ketika duka..
Bersahabat dengan seorang yang jujur akan membuat seseorang itu sentiasa terpelihara ke jujurannya...
Terima kasih buat sahabat-sahabat ku yang berahlak mulia...dan telah menepati kata-kata itu..

nukilan hati "embun"

sedingin embun yang menumpang dihujung rumput...sesekali terkena panahan mentari pagi ....sekilas berkilau bak
kerlipan berlian..."siapalah kamu aduhai embun"hadir tidak disedari ...pergi tidak diendahkan...hidup sekadar menumpan tiba masa ia kering dan hilang...
pilunya menjadi sang embun..namun...tanpa kilauan dan kedinginan mu wahai embun...dunia akan sentiasa bergelora dengan terik pancaran panahan mentari yang tidak tahu damainya kedinginan....

Saturday, November 27, 2010

Kata-kata hikmah buat pedoman kita

"barang siapa menjadikan burung gagak sebagai dalil
maka ia nya akan membawa melawati bangkai-bangkai anjing"

"jika asas nya tidak kuat maka cabang nya pun akan demikian sepanjang masa"

"semiskin-miskin manusia ialah manusia yang kekurang adap dan budi perkerti yang baik"

teman dan sahabat

kata sang bijak...

jika engkau mempunyai ilmu yang menyebabkan banyak orang suka pada mu
jangan lah enkau merasa paling pandai. sebab kalau tuhan mengambil kembali 
ilmu yang menyebabkan engkau terkenal itu,
enkau menjadi tak berbeza dengan yang lain,bahkan nilai nya menjadi dibawah nilai daun jati
yang sudah kering...ilmu yang dikongsikan akan perpanjangan zat nya dunia dan akhrat....insyallah