Cinta tidak sama dengan hasrat untuk bersatu jasmani, cinta harus diterjemahkan dalam bentuk perkahwinan cinta tulis adalah hubungan dari hati dengan hati yang melahirkan kesediaan dan keberanian bekorban untuk orang yang dicintainya.
Cinta tidak harus diukur dengan keindahan panca indera sebab cinta itu ada pada rasa yang keindahannya bermuara jauh dalam jiwa.
Cinta tidak boleh difahami kerana cinta tidak untuk dipelajari.
Cinta bersemi seperti bibit unggul kehidupan dari tuhan yang tiba-tiba di jatuhkan dari ketiggian langit.
Sekalipun cinta seringkali menimbulkan kesengsaraan pada jasmani tetapi tidak jarang melabuhkan kebahagian rohani.
Cinta bukan pula kerana berahi hanya sebuah isyarat keinginan diri peribadi.
No comments:
Post a Comment