7 AmAlAn SeDeKaH......
7 Amalan Sedekah Membersihkan Hati
- Barang yang disedekahkan itu berada dalam keadaan baik. Tidak wajar barang yang disedekahkan itu diberi dalam keadaan sudah tidak elok. Biarlah bersedekah dengan barang yang disenangi oleh penerima. Allah melarang bersedekah dengan barang yang tidak baik kerana sedekah itu ibadat dan tanda mensyukuri nikmatNya.
- Sesuatu yang disedekahkan itu mestilah halal dan tidak mendatangkan kemudaratan. Sunat bagi pemberi sedekah, menderma tidak kira sedikit atau banyak.
- "Kamu tidak akan sesekali dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu mendermakan sebahagian yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan, Allah Maha Mengetahui." (Al-Imran ayat 92)
- Bersedekah disertai dengan keikhlasan, bukan mengungkit atau menyakiti orang yang menerima kerana perbuatan ini boleh merosakkan amalan bersedekah. "Wahai rang-orang yang beriman.. Jangan rosakkan pahala sedekah kamu dengan perkataan yang membangkit-bangkit dan kelakuan yang menyakiti seperti rosaknya pahala amalan sedekah orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat." (Al-Baqarah ayat 264)
- Sedekah yang diberikan secara sembunyi lebih afdal, ibarat tangan kanan yang memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya. Perbuatan ini dekat kepada keikhlasan dan jauh daripada riak. Tiada gunanya bersedekah jika mahu mendapat pujian dan dikatakan pemurah serta mengharapkan ganjaran pahala semata-mata.
- Sedekah tidak mengurangkan harta, sebaliknya menambahkan harta danmenjauhkan kefakiran. Sesungguhnya orang yang bersedekah akan Allah gantikan dengan yang lebih baik. "Katakanlah Muhammad, sesungguhnya Allah melimpahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan juga menyempitkan rezeki. Dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan mengantikannya dan Dia adalah pemberi rezeki." (Saba ayat 39)
- Sedekah membersihkan harta dan menyucikan hati. Bersedekah membersihkan dan menyucikan jiwa. Sebenarnya sedekah bukan sahaja berbentuk kebendaan. Bagi yang tidak mampu atau tiada harta, berilah sumbangan dalam bentuk usaha dan doa. Usaha ini termasuklah menjadi sukarelawan, memberi idea, ikhtiar dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment