Friday, December 3, 2010

KiSaH SeMaLu

Pada suatu hari rasulullah saw,berjalan--jalan bersama puteri baginda Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.


Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangan nye itu bahawa pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita haruslah mengambil pengajaran dari pohon semalu ini dari empat aspek....


1- Pohon semalu akan kuncup bila di sentuh. Ini boleh diibaratkan wanita perlu mempunyai perasan malu(pada tempatnya)


2- Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahan kan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai wanita muslim.


3- Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita soleha hendaklah mempunyai keterikatan yang amat kuat dengan allah rabbul alamin.


4- Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu para wanita sekelian, kembalilah kerumah mu apabila waktu senja menjelang. Ambillah pengajaran dari semalu walaupun ianya sepohon tumbuhan yang kecil.

No comments:

Post a Comment