Sunday, December 12, 2010

YaNg SuKaR ItU InDaH

Kata pujangga, kebaikan kerapkali dimulakan berkali-kali.Tidak ada istilah putus asa dalam mengharap keampunan dan keredhaan Allah.Walau berkali-kali mundur bukan alasan untuk berhenti. Berhenti bererti mati, mati hati dalam mengharapkan cahaya ilahi.


Bisikan ilmu menolak rasa ragu, walaupun terasa diri diselubungi selimut dosa jangan sekali-kali putus asa. Allah tidak akan menutup pintu keampunanNya, kunci pintu itu adalah harapan. Selagi ada harapan, selagi itu lah ada perjuangan. Tewas dalam satu pertempuran bukan bererti tewas dalam peperangan. Begitulah jua dalam peperangan melawan hawa nafsu.


Tidak ada jalan lain wahai diri kecuali bangun dan terus bermujahadah. Hati boleh berkarat, pencucinya adalah al-quran dan ingatkan mati. Imam Ghazali berpesan" Carilah hatimu di tiga tempat, temui hatimu sewaktu bangun membaca al-quran. Tetapi jika tidak ketemui carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui jua, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak ketemui juga, maka berdoalah kepad Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati"

Tambah kapsyen
Semak-semak kehidupan harianmu, bagaimana awal pagimu, telah kau bukakah setiap hari barimu dengan hati yang bersyukur? Telah kau ucapkankah, segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku daripada kematian yang sebentar dan kepadaNya lah kami di kembalikan?.Kemudian pintalah pelindungan daripada sifat malas, takut,bahil dan penguasaan orang lain terhadapmu. Senyum. Dan teruskan lah bersuci dengan mandi dan wuduk. Basuh wajahmu,fikiranmu,pendengaranmu dan penglihatanmu daripada cela dosa dan prasangka.Kemudian dirikan solat subuh, pinta hidayah,kesihatan,kekuatan dan kesabaran dalam kalimah-kalimah doa dan munajat.

Tidak mengapa sekiranya hati terganggu dengan kerenah manusia.Tetapi capailah al-quran dan bacalah.Bacalah…"Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya." [Surah al-Alaq:1-5] itulah hakikat menjana kekuatan jiwa untuk menghadapi badai kehidupan.Jiwa yang tidak membaca al-quran umpama telefon bimbit kehabisan batri.Betapa canggih fungsinya dan betapa mahal harganya tetapi tidak berguna.Begitulah jiwa yang mati,betapa segak,cantik,bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran, tanpa al-quran segalanya tidak berguna.

Jangan memburu fatamorgana kemewahan dunia hanya untuk ditipu olehnya.Ingat wahai diri, janji kesibukan yang tanpa henti,kejemuan yang sentiasa mencenkam, buat pemburu-pemburu dunia bagaikan anjing rakus memburu bangkai.Sebaik bekalan adalah takwa.Sebaik pelindungan adalah al-quran.Mereka mampu menukar bangkai dunia menjadi baja dalam kehidupan.

Jadilah insan bijaksana yang menghayati pesanan Rasulullah agar sentiasa mengingati mati dan bersedia menghadapinya. Jadilah umpama para sahabat baginda yang hidup bahagia,tenang dan aman.Jangan jadi Namrud,Firaun dan Haman yang mengurus dunia dengan ketamakan dan kezaliman.Nanti kau diburu resah,gelisah,kesibukan,kejemuan dan kemarahan yang tiada kesudahan.

Ingatlah wahai orang yang bermujahadah, tidak mengapa sekiranya engkau tidak sampai ke hujung jalan, cukup sekadar engakau menempuh jalan. Jestru ketenangan dan kebahagian bukan hanya ada di hujung jalan, tetapi ada di sepanjang jalan. Gengam al-guran,ingat mati dan berangkatlah. Jalan mujahadah itu susah tetapi indah.


No comments:

Post a Comment