Dari diri juara kepada diri yang tewas.
Semoga sama menjaga diri dan menyayanginya.
Wahai diriku yang tewas. Akulah yang bernama diri juara, yang a
mat kau kenali. Aku datang bersamamu dan bersama kita hidup sebagai pengembara. Kita adalah saudara, tapi kau sering menyepi. Aku banyak impian, tetapi kau banyak bermimpi.
Aku mahu terus kembara tapi kau sering melaungkan kejerihanmu. Aku mahu besar sebagai seorang berguna, tetapi engkau tetap mahu menjadi kanak-kanak. Aku mahu berkahwin dan berketurunan tapi kau mahu terus membujang. Aku mahu mati meninggalkan nama tetapi engkau mahu terus hidup tanpa bernama.
Wahai diriku yang tewas. Engkau adalah aku tetapi engkau bukan aku. Aku mahu engkau menurutiku kerana aku adalah juara yang membawamu mengembara ke lurah, tasik dan gunung. Tubuhku telah banyak yang luka, kakiku telah banyak tercucuk duri. Aku juga semakin tua. Marilah kita berganding tenaga menuju kejayaan, keuntungan dan keberkatan.
No comments:
Post a Comment