Pada satu pagi yg indah, sepasang teman yang bernama Cinta dan Sahabat
bersiar-siar di sebuah taman. Mereka sgt seronok bersiar2
sehingga terleka dengan nikmat Allah yang sementara.
Namun, malang tidak berbau. Satu insiden yang tragis meragut
kebahagiaan mereka persis fatamorgana. Takdir
Tuhan yg datang tiada dpt dihalang.
Cinta jatuh ke dlm perigi kerana sememangnya
seperti yang kita ketahui cinta bersifat buta.
Keikhlasan dan ketulusan Sahabat mengatasi segala-
segalanya. Tanpa melengahkan masa dan berfikir panjang, Sahabat
terus terjun ke dalam perigi semata-mata utk menyelamatkan
Cinta yang jatuh. Kerana apa? Sahabat terjun menyelamatkan cinta
kerana ia merupakan satu di antara sifat seorang
sahabat iaitu berusaha membantu sedaya apabila seorang
sahabatnya ditimpa musibah atau kesusahan.
Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di
tengahari. Cinta yg disangka ada dlm perigi tidak ketemu oleh Sahabat.
Cinta rupa-rupanya hilang. Hilang ntah ke mana.
Kerana apa? Kerana apa pembaca sekalian??
Kerana Cinta itu fana.
Cintakan bunga, bunga akan layu.
Cintakan harta, harta akan habis.
Cintakan manusia, manusia akan mati.
Cintakan dunia, dunia akan binasa.
Meskipun Cinta yg dicari tidak ketemu, Sahabat tetap
menunggu di dlm perigi.
Kerana apa??
Sahabat terus menunggu kerana Sahabat itu sejati.
Terus setia dan setia. Dan dia juga percaya,
Ukhuwah kerana Allah akan membawa ke Syurga.
Renunglah wahai teman semua, cinta yg mana pilihan
kita. Moga kisah Cinta & Sahabat yangku
bawakan, jadi pedoman dalam kehidupan.
No comments:
Post a Comment