“Kau tengok apa,Anis?” soal Nadia memulakan bicara.
“Aku tengok burung merpati di atas pokok itu, comel,” balas Anis sambil tersenyum.
Mereka berpandangan.Nadia turut melihat apa yang dilihat oleh Anis.
“Indahkan hubungan burung merpati itu” kata Nadia.Dia tunduk ke bawah sambil bermain-main dengan kakinya.
“Betul kata kau.Indah sungguh ukhwah yang terjalin.”
“Nadia kenapa kau termenung?”sambung Anis.
“Tidak ada apa-apa.Cuma aku terpikir bagaimana suatu hari nanti kita berpisah membawa haluan sendiri.Adakah kau masih ingat pada aku?” soal Nadia sambil melirik Anis di sebelahnya.
“Semestinya aku ingat!sampai dunia kiamat pun aku tetap akan ingat,”balas Anis bersungguh-sungguh sambil mengusap lembut jari-jemari Nadia.
“Kenapa kau mesti ingat aku?”
“Kau adalah anugerah Allah pada aku”
“Anugerah Allah?”
“Ya, kau anugerah Allah pada aku.Sepanjang kita bersahabat tidak pernah aku jumpa insan semulia kau.”
“Maksud kau?”soal Anis.Berkerut-kerut dahinya
“Kau selalu ingatkan aku tentang kebesaran Allah,tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya,tanggungjawab seorang anak kepada ibu bapa dan seorang sahabat kepada sahabat yang lain.”
Nadia hanya tersenyum mendengar jawapan Anis.
“Andai esok aku sudah tiada, kau menangis tak Anis?”
Terkejut Anis mendengar soalan yang tidak diduga itu.
“Kenapa kau cakap macam tu?”
“Kita kan disuruh untuk mengingati mati.Jadi tak salah aku tanya kau begitu.”
“Aku tahu kita disuruh mengingati mati.Tapi… kenapa kau tanya aku soalan yang kau sendiri tahu jawapannya?”
“Sebab aku nak dengar dari mulut sahabat aku sendiri.Sahabat aku di dunia dan akhirat.Insyaallah”
Nadia begitu murah dengan senyuman.Petang itu,Anis tahu Nadia begitu murah dengan senyuman tetapi berseri-seri wajahnya lain daripada selalu.
“Kenapa kau tengok aku macam nak telan?Mana jawapan yang aku nak dengar tu?”
“Tiada siapa dapat ganti tempat kau dihati aku Nadia.Biar seribu Nadia yang datang selepas kau, tidak mungkin sama dengan Nadia yang berada di hadapan aku sekarang ini.”kata Anis penuh sebak.Air mata Nadia mula bergenang.
Tiba-tiba sahaja susasana bertukar hiba.Air mata kedua-dua mereka sudah mengalir laju di pipi.
“Kau jangan kunci hati kau untuk sahabat selepas aku.Siapa tahu sahabat selepas aku lebih baik daripada aku.Siapa tahukan?”
“Tidak! Nadia tidak, tiada siapa dapat menggantikan tempat kau dihati aku dan tidak akan ada Nadia seperti kau selepas kau pergi tinggalkan aku.”
“Tapi jika ditakdirkan esok aku tak dapat temankan kau belajar,pergi perpustakaan meminjam novel,main game di komputer dan bersiar-siar macam ini,kau redha akan pemergiaan aku Anis.”
“Kenapa kau mesti cakap macam ni?Aku tak suka!”Anis memberontak apabila mendengar Nadia berkata begitu.
“Kau kena dengar dan terima Anis.Kau sahabat aku dunia dan akhirat.Kalau aku pergi dulu kau jangan lupa hadiahkan aku al-fatihah,yassin dan doa setiap kali kau habis solat.Kau janji dengan aku Anis.Janji!”
“Aku janji Nadia.Apa yang aku nak kau tahu, tak akan ada Nadia lain selepas kau yang dapat menggantikan tempat kau dihati aku.”
Mereka berpeluk-pelukan.Air mata sudah membasahi pipi.
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
Banyak orang yang datang dan pergi dari kehidupanmu, tetapi hanya ' Sahabat yang bijak ' yang akan meninggalkan jejaki dalam hatimu.
“Alhamdulillah kita dapat belajar di universiti yang sama kan Nadia?”
“Alhamdulillah.”
“Jom, Nadia kita kemas barang kita.Tidak sabar hendak memulakan kuliah esok.”
“Sabar.Insyaallah esok kita masuk kuliah sama-sama.”
Nadia tersenyum melihat keletah Anis ketika itu.
“Syuhada. Nampak Nadia tak?”soal Anis pada Syuhada,yang merupakan kawan sekuliah mereka.
“Tak nampak pula.Kenapa Anis?Bukan ke dia selalu bersama awak?”
“Tadi pagi Nadia demam.Saya pergi kuliah sorang diri. Apabila balik, Nadia tak ada dalam bilik.Sebab itu saya tanya awak kalau-kalau ada ternampak dia.”
“Maaf.Saya pun tak nampak.”
“Kalau macam tu terima kasih.Saya balik bilik dulu.Assalamualaikum.”
Setelah salam bersambut,Anis berjalan balik ke bilik dengan penuh tanda tanya.
‘Ke mana Nadia menghilang?’ desis Anis dalam hati.
Sampai saja di bilik,Anis perasan ada sekeping surat di bawah buku rujukan bahasa Arab yang berada di atas meja belajarnya.
Assalamualaikum sahabat yang aku sayangi,
Mungkin ketika kau membaca surat ini aku sedang berhadapan dengan saat kematian,maafkan aku sahabat bukan aku sengaja merahsiakan penyakit yang aku hadapi.Tapi aku tidak sanggup melihat air mata yang mengalir di mata bundar milikmu itu.Mungkin kerana ketika aku melihat air mata yang mengalir dari matamu itu membuat aku tidak redha dengan kesakitan yang sedang aku hadapi ini.
Ketika ini aku begitu mengharapkan kehadiran kau disisi untuk memberi kekuatan kepada aku untuk menghadapi saat nyawa ku dicabut dari jasad, tapi aku tahu mungkin kita tidak sempat berjumpa sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.Anis, aku harap kau ingat apa yang kita bualkan di taman bunga empat bulan lepas ketika aku bertanyakan kau soalan, kalau aku pergi esok adakah kau akan melupakan aku atau tidak?Ketika itu aku sudah tahu akan penyakit yang aku hadapi tapi aku tidak sanggup memberitahu kepada kau kerana tidak sanggup aku melihat air mata kau menitis.
Sahabat yang bakal aku rindui,
Jangan kau lupakan aku setelah kita tidak lagi dapat bersama-sama di dalam menjalani kehidupan di bumi yang fana ini dan ketika aku menulis surat ini aku menahan kesakitan yang amat sangat,maafkan aku kerana menipu.Aku tidak sanggup melihat air mata kau sebagai salam perpisahan kita di dunia ini.Aku rindukan gelak tawa kita Anis,aku rindukan senyuman kau Anis,aku rindukan semua yang berkaitan dengan diri kau dan yang pernah kita lakar bersama.Redhakanlah pemergiaan aku Anis.Andai kata kau tidak sempat berjumpa dengan aku buat kali terakhirnya.
Akhir sekali salam sayang dan cinta dari sahabatmu dunia dan akhirat,kenang daku di dalam setiap doamu.
Sahabatmu.
Usai membaca surat tersebut,Anis menjerit semahunya.Air mata mengalir laju di pipi.Dia tidak dapat menahan sebak di dada.
“Nadiaaaaaaaaaaaaaaaa!”
Anis berlari mendapatkan teksi dan terus ke rumah Nadia.Sebaik sahaja tiba, dia melihat rumah Nadia sudah dipenuhi dengan jiran tetangga dan ketika itu dia melihat ibu nadia berdiri menghadapnya.
“Masuk Anis.Alhamdulillah Allah makbulkan doa Nadia hendak berjumpa Anis buat kali terakhir.”
Anis melangkah lesu berjumpa sahabatnya terbaring lemah di bilik.
“Nadia,aku datang Nadia.”
“A…nis maafkan aku Anis.”
“Kenapa kau rahsiakan penyakit kau.Siapa aku pada kau Nadia?”
Anis menangis teresak-esak.Sebab di dada hanya tuhan yang tahu.Dia tidak mampu mengawal perasaan lagi.
“Kalau aku beritahu begini, aku akan dapat jawapan Anis.Aku hanya inginkan senyuman kau Anis sebagai kekuatan aku berjumpa sang pencipta.”
‘Tapi kenapa sekarang?kenapa tidak empat bulan lepas?”
“Maafkan aku.Anis, boleh kau senyum sebagai hadiah terakhir buat aku.Jangan kau menangis.Anis, aku hanya inginkan senyuman kau.”
Anis cuba menahan sebak di dada.Dia menghadiahkan senyuman sebagai hadiah kepada sahabatnya.
“Terima kasih Anis.Terima kasih A…nis. Allah…!”
“Nadia.Mengucap Nadia.Ingat Allah Nadia.”
“Lailahaillah… Allah, Allah,Allah…”
“Nadiaaa…! Jangan tinggalkan aku Nadia. Bangun Nadia bangun! Allah…!”
Anis tertunduk menahan sendu.Kini Nadia tiada lagi.Tiada lagi tempat untuknya bermanja.Pada siapa hendak dia bercerita,siapa akan menasihatinya bila dia melakukan kesalahan.Apa yang tinggal kini hanyalah kenangan.Anis menangis semahunya.
Maaf,mungkin aku bukan sahabat yang baik selama ini.
Maaf juga,selama ini aku mungkin selalu melalaikanmu.
Maaf lagi,mungkin selama ini aku membuat mu rasa tersisih.
Maaf juga,mungkin selama ini ada bicara ku yang pedih.
Maaf,aku hanya insan biasa..Siapa pun aku,siapa pun kamu.
Kau sahabat ku,dan aku sahabatmu.
Maaf juga,selama ini aku mungkin selalu melalaikanmu.
Maaf lagi,mungkin selama ini aku membuat mu rasa tersisih.
Maaf juga,mungkin selama ini ada bicara ku yang pedih.
Maaf,aku hanya insan biasa..Siapa pun aku,siapa pun kamu.
Kau sahabat ku,dan aku sahabatmu.
No comments:
Post a Comment