Friday, February 25, 2011

....HaNyA KaU Di HaTi

Kelihatan dua orang sahabat sedang berjalan sambil berpimpin tangan menuju ke taman bunga.Mereka mengambil kesempatan di hujung minggu itu sambil mengambil angin petang.Mereka duduk di sebuah kerusi sambil berbual-bual.
 “Kau tengok apa,Anis?” soal Nadia memulakan bicara.
“Aku tengok burung merpati di atas pokok itu, comel,” balas Anis sambil tersenyum.
Mereka berpandangan.Nadia turut melihat apa yang dilihat oleh Anis.
“Indahkan hubungan burung merpati itu” kata Nadia.Dia tunduk ke bawah sambil bermain-main dengan kakinya.
“Betul kata kau.Indah sungguh ukhwah yang terjalin.”
“Nadia kenapa kau termenung?”sambung Anis.
“Tidak ada apa-apa.Cuma aku terpikir bagaimana suatu hari nanti kita berpisah membawa haluan sendiri.Adakah kau masih ingat pada aku?” soal Nadia sambil melirik Anis di sebelahnya.
“Semestinya aku ingat!sampai dunia kiamat pun aku tetap akan ingat,”balas Anis bersungguh-sungguh sambil mengusap lembut jari-jemari Nadia.
“Kenapa kau mesti ingat aku?”
“Kau adalah anugerah Allah pada aku”
“Anugerah Allah?”
“Ya, kau anugerah Allah pada aku.Sepanjang kita bersahabat tidak pernah aku jumpa insan semulia kau.”
“Maksud kau?”soal Anis.Berkerut-kerut dahinya
“Kau selalu ingatkan aku tentang kebesaran Allah,tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya,tanggungjawab seorang anak kepada ibu bapa dan seorang sahabat kepada sahabat yang lain.”
Nadia hanya tersenyum mendengar jawapan Anis.
“Andai esok aku sudah tiada, kau menangis tak Anis?”
Terkejut Anis mendengar soalan yang tidak diduga itu.
“Kenapa kau cakap macam tu?”
“Kita kan disuruh untuk mengingati mati.Jadi tak salah aku tanya kau begitu.”
“Aku tahu kita disuruh mengingati mati.Tapi… kenapa kau tanya aku soalan yang kau sendiri tahu jawapannya?”
“Sebab aku nak dengar dari mulut sahabat aku sendiri.Sahabat aku di dunia dan akhirat.Insyaallah”
Nadia begitu murah dengan senyuman.Petang itu,Anis tahu Nadia begitu murah dengan senyuman tetapi berseri-seri wajahnya lain daripada selalu.
“Kenapa kau tengok aku macam nak telan?Mana jawapan yang aku nak dengar tu?”
“Tiada siapa dapat ganti tempat kau dihati aku Nadia.Biar seribu Nadia yang datang selepas kau, tidak mungkin sama dengan Nadia yang berada di hadapan aku sekarang ini.”kata Anis penuh sebak.Air mata Nadia mula bergenang.
Tiba-tiba sahaja susasana bertukar hiba.Air mata kedua-dua mereka sudah mengalir laju di pipi.
“Kau jangan kunci hati kau untuk sahabat selepas aku.Siapa tahu sahabat selepas aku lebih baik daripada aku.Siapa tahukan?”
“Tidak! Nadia tidak, tiada siapa dapat menggantikan tempat kau dihati aku dan tidak akan ada Nadia seperti kau selepas kau pergi tinggalkan aku.”
“Tapi jika ditakdirkan esok aku tak dapat temankan kau belajar,pergi perpustakaan meminjam novel,main game di komputer dan bersiar-siar macam ini,kau redha akan pemergiaan aku Anis.”
“Kenapa kau mesti cakap macam ni?Aku tak suka!”Anis memberontak apabila mendengar Nadia berkata begitu.
“Kau kena dengar dan terima Anis.Kau sahabat aku dunia dan akhirat.Kalau aku pergi dulu kau jangan lupa hadiahkan aku al-fatihah,yassin dan doa setiap kali kau habis solat.Kau janji dengan aku Anis.Janji!”
“Aku janji Nadia.Apa yang aku nak kau tahu, tak akan ada Nadia lain selepas kau yang dapat menggantikan tempat kau dihati aku.”
Mereka berpeluk-pelukan.Air mata sudah membasahi pipi.

Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.‌
Banyak orang yang datang dan pergi dari kehidupanmu, tetapi hanya ' Sahabat yang bijak ' yang akan meninggalkan jejaki dalam hatimu.

“Alhamdulillah kita dapat belajar di universiti yang sama kan Nadia?”
“Alhamdulillah.”
“Jom, Nadia kita kemas barang kita.Tidak sabar hendak memulakan kuliah esok.”
“Sabar.Insyaallah esok kita masuk kuliah sama-sama.”
Nadia tersenyum melihat keletah Anis ketika itu.
“Syuhada. Nampak Nadia tak?”soal Anis pada Syuhada,yang merupakan kawan sekuliah mereka.
“Tak nampak pula.Kenapa Anis?Bukan ke dia selalu bersama awak?”
“Tadi pagi Nadia demam.Saya pergi kuliah sorang diri. Apabila balik, Nadia tak ada dalam bilik.Sebab itu saya tanya awak kalau-kalau ada ternampak dia.”
“Maaf.Saya pun tak nampak.”
“Kalau macam tu terima kasih.Saya balik bilik dulu.Assalamualaikum.”
Setelah salam bersambut,Anis berjalan balik ke bilik dengan penuh tanda tanya.
‘Ke mana Nadia menghilang?’ desis Anis dalam hati.
Sampai saja di bilik,Anis perasan ada sekeping surat di bawah buku rujukan bahasa Arab yang berada di atas meja belajarnya.

Assalamualaikum sahabat yang aku sayangi,
Mungkin ketika kau membaca surat ini aku sedang berhadapan dengan saat kematian,maafkan aku sahabat bukan aku sengaja merahsiakan penyakit yang aku hadapi.Tapi aku tidak sanggup melihat air mata yang mengalir di mata bundar milikmu itu.Mungkin kerana ketika aku melihat air mata yang mengalir dari matamu itu membuat aku tidak redha dengan kesakitan yang sedang aku hadapi ini.

 Anis yang aku sayangi,
Ketika ini aku begitu mengharapkan kehadiran kau disisi untuk memberi kekuatan kepada aku untuk menghadapi saat nyawa ku dicabut dari jasad, tapi aku tahu mungkin kita tidak sempat berjumpa sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.Anis, aku harap kau ingat apa yang kita bualkan di taman bunga empat bulan lepas ketika aku bertanyakan kau soalan, kalau aku pergi esok adakah kau akan melupakan aku atau tidak?Ketika itu aku sudah tahu akan penyakit yang aku hadapi tapi aku tidak sanggup memberitahu kepada kau kerana tidak sanggup aku melihat air mata kau menitis.

Sahabat yang bakal aku rindui,
Jangan kau lupakan aku setelah kita tidak lagi dapat  bersama-sama di dalam menjalani kehidupan di bumi yang fana ini dan ketika aku menulis surat ini aku menahan kesakitan yang amat sangat,maafkan aku kerana menipu.Aku tidak sanggup melihat air mata kau sebagai salam perpisahan kita di dunia ini.Aku rindukan gelak tawa kita Anis,aku rindukan senyuman kau Anis,aku rindukan semua yang berkaitan dengan diri kau dan yang pernah kita lakar bersama.Redhakanlah pemergiaan aku Anis.Andai kata kau tidak sempat berjumpa dengan aku buat kali terakhirnya.

Akhir sekali salam sayang dan cinta dari sahabatmu dunia dan akhirat,kenang daku di dalam setiap doamu.

Sahabatmu.

            Usai membaca surat tersebut,Anis menjerit semahunya.Air mata mengalir laju di pipi.Dia tidak dapat menahan sebak di dada.
“Nadiaaaaaaaaaaaaaaaa!”
Anis berlari mendapatkan teksi dan terus ke rumah Nadia.Sebaik sahaja tiba, dia melihat rumah Nadia sudah dipenuhi dengan jiran tetangga dan ketika itu dia melihat ibu nadia berdiri menghadapnya.
“Masuk Anis.Alhamdulillah Allah makbulkan doa Nadia hendak berjumpa Anis buat kali terakhir.”
Anis  melangkah lesu berjumpa sahabatnya terbaring lemah di bilik.
“Nadia,aku datang Nadia.”
“A…nis maafkan aku Anis.”
“Kenapa kau rahsiakan penyakit kau.Siapa aku pada kau Nadia?”
Anis  menangis teresak-esak.Sebab di dada hanya tuhan yang tahu.Dia tidak mampu mengawal perasaan lagi.
“Kalau aku beritahu begini, aku akan dapat jawapan Anis.Aku hanya inginkan senyuman kau Anis sebagai kekuatan aku berjumpa sang pencipta.”
‘Tapi kenapa sekarang?kenapa tidak empat bulan lepas?”
“Maafkan aku.Anis, boleh kau senyum sebagai hadiah terakhir buat aku.Jangan kau menangis.Anis, aku hanya inginkan senyuman kau.”
Anis cuba menahan sebak di dada.Dia menghadiahkan senyuman sebagai hadiah kepada sahabatnya.
“Terima kasih Anis.Terima kasih A…nis. Allah…!”
“Nadia.Mengucap Nadia.Ingat Allah Nadia.”
“Lailahaillah… Allah, Allah,Allah…”
“Nadiaaa…! Jangan tinggalkan aku Nadia. Bangun Nadia bangun! Allah…!”
Anis tertunduk menahan sendu.Kini Nadia tiada lagi.Tiada lagi tempat untuknya bermanja.Pada siapa  hendak dia bercerita,siapa akan menasihatinya bila dia melakukan kesalahan.Apa yang tinggal kini hanyalah kenangan.Anis menangis semahunya.


Maaf,mungkin aku bukan sahabat yang baik selama ini.
Maaf juga,selama ini aku mungkin selalu melalaikanmu.
Maaf lagi,mungkin selama ini aku membuat mu rasa tersisih.
Maaf juga,mungkin selama ini ada bicara ku yang pedih.
Maaf,aku hanya insan biasa..Siapa pun aku,siapa pun kamu.
Kau sahabat ku,dan aku sahabatmu.



Monday, February 21, 2011

InGaT LaH BeRsAmA




Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Firman Allah didalam surah Ar-ra'd ayat 28 yang bermaksud:
"( iaitu ) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah ,dengan mengingati Allah hati menjadi tenang"

~ Mutiara kata ~

"Maha Suci Allah Tuhan sekalian Alam.. Ingatlah Allah dikala susah dan senang.. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama Hamba-hambaNya.. Berselawatlah keatas Nabi Junjungan , Semoga beroleh syafaatnya diakhirat kelak.. "

SeRiBu KeNaNgAn BeRsAmA Mu KeKaSiH & TeMaN


Khatimah cinta-sixth sense


Bintang Malam nyanyikan lagu
Rindu hatiku yang terpendam
Bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi

Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu

Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku

Peluk tubuhku
Kucup bibirku
Relakan saja aku pergi...




lagu ni byk menyimpan seribu kenangan yg xmungkin akn dilupakan dlm hdup..
mgajar erti khidupan supaya menjadi manusia yg lbih berhati-hati di masa akan datang..


maafkan aku wahai teman..aku tidak mampu utk memenuhi permintaan terakhir..biarlah sejarah yg lalu menjadi kenangan yg terpatri dlm ati ni..biarlah Allah yg mengatur segalanya..aku redha dan pasrah akan suratan takdir..mungkin itu yg terbaik buat diriku..jangan kau sesali dgn ape yg terjadi..sbb aku xpnh berdendam dgn apa yg kau telah lakukan..biarlah Allah yg menghakimi segalanya..kerna Dia tau ape yg tersirat di ati kcilmu..aku hya mnusia biasa yg tdak mampu utk menilai segala-galanya..time kasih teman kerana telah membahagiakan aku ketika stu msa dahulu..aku bersyukur krn dpt mengenalimu walaupun sesaat cuma..moga Allah merestui tindakan aku utk pergi jauh dari hidupmu..agar segala kngn yg telah kte ciptakan bersama akn cpat luput dri ingatan..aku xnk kau trus menyesal..menyesal dgn ape yg terjadi..
aku doakan agar dikau senantiasa bahagia di sana..amin..

LoVe....


 CINTA bukan ada pada "couple"..CINTA bukan terletak pada "i love u"..CINTA juga bukan pada "i miss u"..CINTA bukan pada "can i touch u?" kerana itu semua CINTA nafsu semata-mata..CINTA yang mahal itu tak perlu dilafazkan kerana bicara CINTA terucap saat ijabkabul dilafazkan..ketika itulah tujuan CINTA menjadi kerana Allah..

MaHLIgAi Mu DaRi AiR mAtA Ku....


Izinkan diriku meluahkan rasa
Maafkanlah aku andai kau terasa
Biar kupaparkan apa yang terjadi
Moga engkau tak ulangi

Sungguh tak kusangka kau berpaling tadah
Setelah lamanya menjalinkan cinta
Dalam diam-diam kau sudah berpunya
Tanpa aku menyedari semuanya

Aku mendoakan agar kau bahagia
Bersama si dia insan yang kau suka
Percintaan kita tak sampai ke mana
Setakat di bibir saja sayang

Kau bina mahligai dari air mata
Yang jatuh berderai di wajah sepiku
Hancurnya hatiku bisa tak terkata
Terhumban rasa diriku

Oh aduhai ku masih ingati
Janji manis dan saat romantis
Kau pintaku supaya setia
Akhirnya kau yang berubah

Oh tuhanku tabahkan hatiku
Temukan ku dengan ketenangan
Jiwa ini dibelasah rindu tetapi apa dayaku

Kucuba pejam mata tapi tak terlena
Kerana ku masih teringat padamu
Begitu payahnya nak ku melupakan
Pernahkah engkau fikirkan oh sayang..
.

Ku UkIr InDaH NaMa Mu....7 PeLaNgI


If I let you go
Something I belong
Forever will be gone
The love is never shine
Is so hard to say since you far away
Nothing gonna do
The love is only you
To the end of time
I’ll be missing you
Entah kemana
Akanku cari
Rasa cinta yang
Pernah ku miliki
Janji setia
Sehidup semati
Dan hanya waktu yang
Memisahkan kita
Namun semua
Telah berakhir
Untukku
Harus ku akui
Sampai detik ini
tak akanku lupa
Kisah cinta kita
Abadi untukmu
Yang ku ukir indah
If I let you go
Something I belong
Forever will be gone
The love is never shine
Is so hard to say since you far away
Nothing gonna do
The love is only you
To the end of time
I’ll be missing you
Harus ku akui
Sampai detik ini
Tak akanku lupa
Kisah cinta kita
Abadi untukmu
Kan ku ukir indah namamu
Harus ku akui
Sampai detik ini
Tak akanku lupa
Kisah cinta kita
Abadi untukmu
Kan ku ukir indah namamu
Harus ku akui
Sampai detik ini
Tak akanku lupa
Kisah cinta kita
Abadi untukmu
Kan ku ukir indah namamu
Abadi untukmu
Kan ku ukir indah namamu
mini-Single rose

Saturday, February 12, 2011

ErTi SaHaBaT.....

FAIRY FANTASY


Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga.... Kenapa??Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??

Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang.... Kenapa??
Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap....Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa??

Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia.... kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....


Walau kita punya couple, teman still paling setia..
Walau kita punya harta banyak, 
teman still paling berharga.



Friday, February 11, 2011

I CaN"t






It’s hard to fall asleep tonight
Because all I can think of is you
I can’t seem to get to sleep
Which is what I really want to do
I’m laying in bed…wide awake
When sleep is what I need.
But thinking of you is keeping me up!
What a problem this is indeed.
I’m still awake and it’s very late
This really isn’t fair!
I need my rest, it’ll be morning soon
But my mind just doesn’t care.
I’m thinking about you, how I want you near,
As I stare outside my window.
I cuddle up close, (which is dumb I suppose)
Because I’m wishing you were my pillow.
I wish you were here laying next to me
As I run my fingers through your hair.
I want to be warm, wrapped in your arms
And fall asleep knowing you’re there
I want to rest my head on your chest,
To be calmed by your steady heart-beating,
To lay there and smile because you’ll be here all the while,
Under sheets while we’re gently sleeping.
But alas, what a shame, everything is the same
And I’m still alone in my bed.
I’m thinking of you and it’s keeping me up…
I guess I’ll try sleeping again instead…




Thursday, February 10, 2011

KeAbAdIaN CiNtA....

Dalam keabadian cinta hanya ada dalam diri dan jiwa kita namun bila tak ada kesetiaan tak lengkap rasanya bila kesetiaan tak bisa bersatu, cinta dan kesetiaan hanyalah cerita dalam sebuah dua hati yang selalu mengiringi dalam dekapan yang selalu berjalan waktu demi waktu,hanya kesetiaan dan kejujuranlah ang sanggup membuat hidup kita kan nyata tujuannya..walau terkadang cinta itu menyakitkan namun di balik semua itu tersimpan sejuta rasa yang membuat kita akan mengerti apakah itu cinta abadi tuk kita rasakan walaupun kita tak sampai tuk memilikinya..