Friday, March 25, 2011

WaNiTa SoLeHaH.....



CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH

1. Mencintai Allah dan Rasul
Melebihi cinta dan ketaatan kepada orang lain.
Sabda Rasulullah s.a.w : “Tiga perkara sesiapa yang memilikinya akan mendapat kemanisan iman: menjadikan Allah dan Rasulnya lebih di cintai daripada kedua-duanya…” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). 

Mencintai Allah dan Rasul dengan mentaati segala suruhan dan larangan syarak.
Sabda Rasulullah s.a.w melalui hadis qudsi: “Hamba-ku yang mendekatkan diri kepada-ku dengan melakukan amalan fardu lebih aku cintai. Sentiasalah hamba-ku berterusan menghampiriku dengan melakukan amalan sunat sehingga aku mengasihinya. Apabila aku mengasihinya, jadilah aku pendengarnya yang dia mendengar dengannya, penglihatan yang dia melihat dengannya, tangan yang dia memukul dengannya dan kaki yang dia berjalan dengannya, kalau dia meminta kepadaku, pasti aku akan memberinya dan kalau dia memohon perlindunganku, pasti aku akan melindunginya” (Riwayat al-Bukhari).
Termasuk mencintai Rasulullah mengikut dan mencintai baginda dalam setiap perkara.
Firman Allah s.w.t :”Katakanlah (wahai Muhammad): jika benar kalian mencintai Allah, maka ikutlah aku,nescaya Allah akan mengasihi kalian, Dan (ingatlah), Allah maha pengampun; lagi maha mengasihani” (Surah Ali Imran:31)
2. Mentaati Ibu Bapa
Sentiasa mentaati ibu bapa dalam perkara makruf menasihati ke arah kebaikan. Jangan menderhaka kepada keduanya.
Firman Allah s.w.t: “Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa” (surah al-Israk:23).

Sebelum bersuami ketaatan kepada ibu bapa adalah yang lebih utama selepas Allah dan Rasul.

3. Mentaati Suami Dalam Perkara Makruf
Setelah berkahwin ketaatan kepada ibu bapa berpindah kepada suami. Mentaati dalam perkara yang baik dan harus. Apabila suami menyuruh kepada maksiat tiada lagi ketaatan.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah”.Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya”. (Riwayat al-Tirmizi hasan sahih).
Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.
“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’:34)
4. Menguruskan rumahtangga

Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.
Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Masa lapang ia perlu di isi dengan menambah pengetahuan tentang ugama sebagai bekalan untuk menghadapi ujian hidup pada masa hadapan dan membimbing keluarga ke arah kebaikan.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim”.(Riwayat Ibn Majah Sahih oleh al-Albani dalam Sunan Ibn Majah).

Bijaksana menguruskan hal rumahtangga mendahulukan amalan yang wajib daripada yang sunat. Amalan sunat dan tanggungjawap kepada suami dan keluarga perlu didahulukan kewajipan sebagai isteri daripada amalan sunat yang lain.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak hala lbagi wanita berpuasa sedangkan suaminya ada di sisi tanpa keizinannya”.- Fath al-Bari, Kitab al-Nikah.
5. Berhias untuk suami
Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.

Sebuah riwayat menceritakan : “Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab:Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu”. (Riwayat Ahmad dan selainnya dihasankan oleh al-Albani).
Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.

Sabda Rasulullah SAW: “Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.”(HR:Muttafaqun Alaihi)
Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.

6. Berpakaian menurut ajaran Islam
Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah.

Allah SWT berfirman, ertinya: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raar:26)
Wanita solehah perlu memastikan dirinya bersih , kemas dan cantik di rumah bersama suaminya. Apabila melangkah keluar rumah pakaian yang dipilih sentiasa memenuhi syarat syarak menutup aurat dengan sempurna. Dilarang memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuh aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan hingga ke pergelangan.

7. Menjaga batas pergaulan
Allah memerintahkan para wanita agar menundukkan pandangan ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi. Jika terdapat sebarang urusan, dia menjaga batasan yang sepatutnya. Ia perlu bagi mengelakan fitnah.

8. Bersahabat dengan wanita solehah
Seseorang itu dinilai mengikut kawan-kawan yang rapat dengannya. Jika kawan-kawanya solehah, maka dia juga memiliki sifat yang sama.
Sabda Rasulullah s.a.w : “seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu, perhatikanlah salah seorang kamu siapa kawannya”.(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi dengan sanad yang Sahih).

Sudah adakah ciri ini pada diri kita? Renung-renungkanlah..





Ku AkUi KeLeMaHaN DiRi.....Ku InSaFi KeKuRangAn DiRi



assalamualaikum......
alhamdulillah..sampai ke hari ini aku masih lagi berpeluang untuk menikmati dua nikmat terbesar iaitu iman dan islam dan tak lupa juga nikmat tarbiyah yang Allah kurniakan…aku juga masih lagi dikurniakan waktu untuk memperbaiki segala kekurangan amal dan kealpaan diri dalam melayari bahtera kehidupan di dunia ini….dan juga menginsafi diri yang kadang kala mengingkari perjanjian terdahulu sejak di alam roh lagi….firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 7:
‘Allah bertanya kepada para roh “ Apakah kamu mengaku bahawa aku ini tuhan mu? Mereka menjawab…”benar, bahkan kami menyaksikannya….’
peta hidup dari dakwah.info...sangat menginsafkan...same2 lah kite refresh kembali... 
Allah tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Nya…moga diri ini sentiasa ingat akan tujuan penciptannya….dan sentiasa ingat kehidupan di dunia ini adalah sekadar sementara..tempat mengumpul bekalan untuk kehidupan akhirat yang abadi….
syukur yang tak terhingga...sehingga ke saat ini, Allah tak pernah meninggalkan aku sendirian...nikmat ukhuwah ini amat berharga dan tak terhitung betapa tinggi nilainya...tak terucap dengan kata-kata....hanya orang yang merasainya dapat mengetahui keindahannya....





MuSLimaH SoLeHah ItU BeRbEzA...




Muslimah solehah itu berbeza,
Kerana….
Sebelum kaki melangkah keluar pintu,
Dia bercermin penuh rasa malu,
Membelek-belek tudung dan baju,
Bukan untuk cantik,
bukan bimbang dipandang tidak menarik ,
Tapi demi memastikan syari’at Allah dilaksana dengan baik,
Kepuasan diri bukan utama,
kepuasan Allah itu kerisauannya.

Muslimah solehah itu berbeza,
Kerana….
Khidmat bakti dan cintanya untuk suami,
bukan kerana takutkan poligami,
bukan bimbang cinta tak bersemi,
Tapi semata patuh pada suruhan ILAHI,
Demi kasih dan cintanya kepada Nabi.

Muslimah solehah itu berbeza,
Kerana….
Walau jauh dia berada,
walau setinggi mana jawatan digalasnya,
Tapi jiwa dan hati tetap pada keluarga,
Suami dan anak-anak gelanggang pahalanya,
Menyemai sakinah dan mawaddah,
yakin hadirnya rahmah dan barakah,
Rumahtangga bahagia,
syurganya di dunia.
InsyaAllah..

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

BeRsEmAnGaT SeMuLa





dunia ini seperti medan perang.
dan kita adalah pejuang.
hidup penuh berliku, tapi kita perlu bersemangat semula.
yakinlah, bahawa Allah ada bersama kita.
ya, untuk bina semangat yang patah bukannya mudah.
menyembuhkan luka-luka semalam juga tidak mudah.
lukanya sembuh, tapi parutnya tertinggal.
namun, bukankah Allah telah menjanjikan hikmah yang terbaik untuk hamba-hambaNya yang bersabar?
yakinlah dengan Allah... Allah ada bersama kita...
jika kita, masih lagi rasa terumbang-ambing...tidak tahu kemana arah tujuan...
kembalilah kepada yang asal. kembali kepada fitrah.
back to basic, back to Allah.
kerana selagi nyawa tidak dicabut, pintu taubat masih terbuka untuk kita.
bersemangatlah semula!
kerna sinar cahaya itu ada!







kupersembahkan kepadaMu harapanku wahai Tuhan
sekalipun aku seorang yang berdosa wahai Zat yang Maha pemberi dan pemurah
tatkala sesak dadaku dan sempit perjalanan hidupku
kujadikan rayuanku sebagai jalan mengharap keampunanMu
hanya Engkau sahaja yang memiliki keampunan untuk dosa yang tidak akan terhapus ini.

bila Engkau belas dan Engkau ampun; itu kebaikanMu dan kasih sayangMu.
bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah?
dan memang selamanyalah Engkau yang memberi anugerah dan ni'mat itu kepadaku
semoga sesiapa yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku
dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu
sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan
kezaliman, penganiayaan yang tak pernah terpisah dariku
dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa
sekalipun kesemuanya memasukkan diriku bersama salahku ke dalam neraka
dia menjadi ramah ketika mengingat tuhannya
tetapi bila bersama yang lain di dunia ini dia membisu
dia berkata: Kekasih, Engkaulah harapanku
cukuplah hanya Engkau bagi orang2 yang berharap; harapan dan kekayaan.
kupelihara kasihku yang dicemari nafsu
dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar
di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap
yang sesalu mengiringi langkahku; bersemangat dan berirama,
maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini
dan keampunanMu yang mendatangi hamba; meninggikan dan memuliakan (martabatnya).



PeliHaRa LaH KiLaUaN PeRmAtA Mu.....



Lihatlah panorama dunia
Wanita bagaikan hilang rasa malunya
Maruah yang menjadi maharnya
Tergadai sia bagai tiada berharga

Di manakah budinya di manakah akhlaknya
Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya
Santun tiada lagi nafsu memimpin hati
Kehormatan diri tidak dipeduli

Oh wanita kembali menginsafi
Kepada asal fitrah kejadianmu
Diciptakan untuk dihormati
Sentiasa diredhai Tuhan Pencipta
Kembali kepadanya juga pada Rasulnya
Pasti dihadirkan taufik dan hidayahnya
Wanita...

Kembalilah ke arah kemuliaan
Contohi peribadi Ummul Mukminin
Rasulullah dijadikan suami
Tertawan kerna keluhuran pekerti
Bukan kerana harta bukan kerana nama
Tapi kerana budi yang disanjungi
Kembalilah...

Wanita perhiasan dunia
Bagai kilau permata di antara kaca
Sayangnya makin pudar cahaya
Hingga tiada lagi beza di antaranya 


BeRbUaT LaH KeBaIkAn


Bercakap dgn mengingati Allah adalah suatu yg baik...
Berfikir nikmat Allah merupakan sebaik-baik ibadat...
Aku lebih mnyukai kesakitan ketika sakaratul maut...
Kerana ia merupakan n0ktah terakhir bg catatan amalan d0sa trhadap sese0rang muslim...

Wahai Tuhanku,berilah ganjaran kpd 0rang yg memberikan kebaikan kpd umat 
Nabi Muhammad SAW...Wahai tuhanku hancurkan sesiapa yg mana kehancurannya mmbawa kebaikan
untuk umat Nabi Muhammad SAW...

Jgn Engkau bersahabat dgn sahabat yg mana dia begitu berharap kpd engkau ketika mahu mnyelesaikan
Masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan..
Sebaik-baik niat ialah ketika ia ada untuk ditunaikan..
Sebaik-baik kemaafan ialah ketika berkuasa melakukannya...

Sesungguhnya jika engkau juga sentiasa merasai peringatan hari mati pada waktu siang atau malam...
Engkau akn benci kpd setiap sesuatu yg Fana(Musnah)..
Engkau akan mengasihi sesuatu yg kekal dan selamat...

Buatlah kebaikan untk hari akhiratMu..
Mka ia akn mmberi kebaikan kpdMu bg dunia-mu..
Buatlah kebaikan bagi perkara yg tersembunyi...

Mka ia akn mmmberi kbaikan kpdMu dlm prkara yg nyata..
Demi Allah !!! Sesungguhnya seseorang hamba itu tiada antaranya dgn Nabi Adam se0rang ayah yg hidup melainkan hnyut dalam kematian...

Berikutanlah Riwayat yg disampaikan...^______^
Sekian Terima kasih kerana sudi membaca..


Thursday, March 24, 2011

IsTeRi YaNg CeMbUrU BaCa KiSaH InI.....

ISTERI YANG CEMBURU.


Salam bahagia, salam sejahtera dan salam semuanya.

Di hari minggu mendatang ini, marilah sama sama kitani santai-santaikan tenaga dan minda , hanya dengan kisah kisah yang bersahaja seperti topic Ana hari ini, isteri yang cemburu.

Kata orang cemburu itu tanda sayang, tetapi jaga-jaga juga, jangan sampai cemburu buta seperti kisah ini. Teruskan membaca...

Seorang isteri yang ingin menghubungi suaminya tetapi talifonya tidak ada kredit lalu si isteri menyusuh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di site.

Selepas si anak membuat panggilan , si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telepon.

Walaupun sudah berkali-kali sianak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.

Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami si isteri membelasah habis-habisan si suami kerena pelakuan curangnya.

Habis berkumpul jiran tetangga didepan rumah untuk melihat drama penting itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi. Si anak pun cakap ...HARAP MAAF ..NOMBOR YANG AWDA DAIL BERADA DILUAR KAWASAN LIPUTAN. SILA CUBA SEBENTAR LAGI...

Cuba awda fikir sejenak...adakah si suami itu curang atau bersalah...kerana yang disangkakan wanita itu ialah OPERATOR TALIPON....ishh..ishh..kesian si suami...

contoh kad raya fotoshop(ucapan)

Ketupat3
Selamat Hari Raya 01
Selamat Hari Raya 02
Selamat Hari Raya 03
Selamat Hari Raya 04
Selamat Hari Raya 05
Selamat Hari Raya 06
Selamat Hari Raya 07
Selamat Hari Raya 08
Selamat Hari Raya 09
Selamat Hari Raya 10
Selamat Hari Raya 11
Selamat Hari Raya 12
Selamat Hari Raya 13
Selamat Hari Raya 14
Selamat Hari Raya 15 bulan sabit
Selamat Hari Raya 16 bulan sabit


Monday, March 21, 2011

HaNYa TiGa KaLi ALLAH MeMaNgGiL KiTa DaLaM SeUmUr HiDuP....

Ibu berkata... * Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup* Keningku berkerut.... ....'Sedikit sekali Allah memanggil kita..?'   Ibu tersenyum. 'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?' Saya menggelengkan kepala. 1) 'Panggilan pertama adalah Adzan, ujar Ibu. 'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita.   Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmat Nya, masih memberikan kebahagiaan bagi umat Nya, baik umat Nya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umat Nya ketika hari Kiamat nanti'. Saya terpaku.... . .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat karena meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah.......   Ibu melanjutkan, 2) Panggilan yang kedua adalah Panggilan Umrah / Haji Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeda dengan hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam. Yang tidak punya uang menjadi punya uang, yang tidak merencanakan, ternyata akan pergi, ada yang memang merencanakan dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua.   Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'. Mata saya semakin berkaca-kaca. ........Subhanallah...... .saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. ...Alhamdulillah...   3) 'Dan panggilan ke-3', lanjut Ibu, 'adalah KEMATIAN. Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena itu , manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. .. Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... .......Insya Allah surga adalah balasannya.. ...'   Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, Rasulullah Saw bersabda: *Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mau mencari lima orang: ' Pertama, orang yang meninggalkan sholat Kedua, orang yang tidak mau keluarkan zakat. Ketiga, orang yang durhaka kepada ibu dan bapaknya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak.