Thursday, March 24, 2011

IsTeRi YaNg CeMbUrU BaCa KiSaH InI.....

ISTERI YANG CEMBURU.


Salam bahagia, salam sejahtera dan salam semuanya.

Di hari minggu mendatang ini, marilah sama sama kitani santai-santaikan tenaga dan minda , hanya dengan kisah kisah yang bersahaja seperti topic Ana hari ini, isteri yang cemburu.

Kata orang cemburu itu tanda sayang, tetapi jaga-jaga juga, jangan sampai cemburu buta seperti kisah ini. Teruskan membaca...

Seorang isteri yang ingin menghubungi suaminya tetapi talifonya tidak ada kredit lalu si isteri menyusuh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di site.

Selepas si anak membuat panggilan , si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telepon.

Walaupun sudah berkali-kali sianak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.

Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami si isteri membelasah habis-habisan si suami kerena pelakuan curangnya.

Habis berkumpul jiran tetangga didepan rumah untuk melihat drama penting itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi. Si anak pun cakap ...HARAP MAAF ..NOMBOR YANG AWDA DAIL BERADA DILUAR KAWASAN LIPUTAN. SILA CUBA SEBENTAR LAGI...

Cuba awda fikir sejenak...adakah si suami itu curang atau bersalah...kerana yang disangkakan wanita itu ialah OPERATOR TALIPON....ishh..ishh..kesian si suami...

No comments:

Post a Comment